Tuesday, 25 June 2013

Hebatnya Kuasa Allah

                                                              Assalamualaikum..
Subhanallah..kagum melihat perut ibu yang mengandung bayi seramai 11 orang...kekuasaan ALLAH yang kita tidak boleh sangkalkan..bila ia mengatakan JADI MAKA JADI LAH IA..

Subhanallah, Kagum Melihat Perut Ibu Yang Mengandungkan Kembar 11 | Kisahnya dikatakan berlaku di negara India sekitar tahun 2011 lalu. Namun admin yang baru melihat gambar ini sebenarnya terkejut dan kagum dengan keadaan perut si ibu yang mengandungkan 11 orang anak ini.

Sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah ciptakan itu sangat menakjubkan....

Apa yang menarik ialah ibu ini telah melahirkan anak kembar 11 dan tambah menakjubkan ialah tarikh kelahiran anak2nya pula ialah 11/11/11, phewwww.

Menurut beberapa info, si ibu ini juga telah mencatat rekod dunia dengan melahirkan kesemua 11 orang anaknya ini. Subhanallah.....

Subhanallah, Kagum Melihat Perut Ibu Yang Mengandungkan Kembar 11




Tahniah kepada doktor dan jururawat yang membantu.

Subhanallah, Kagum Melihat Perut Ibu Yang Mengandungkan Kembar 11



MasyaALLAH..ini la bayi yang di kandung seramai 11 orang..oleh ibu special tadi.

Subhanallah, Kagum Melihat Perut Ibu Yang Mengandungkan Kembar 11




Pengalaman Menyaksikan 7 Perkara Ganjil Yang Menimpa Mayat


Pengalaman Menyaksikan 7 Perkara Ganjil Yang Menimpa Mayat

Pengalaman Menyaksikan 7 Perkara Ganjil Yang Menimpa Mayat | Assalamualaikum semua..
Sekadar peringatan kepada saya dan pembaca semua agar segera bertaubat kerana Hari Kiamat semakin hampir. Lambat laun kita akan menghadapi hari kematian jua.

Dikongsikan kisah teladan tujuh perkara ganjil yang dialami oleh seorang pemuda ini untuk renungan bersama.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.

Wednesday, 19 June 2013


Assalamualaikum..

cik tiey nak celoteh sikit pasal kecantikan walaupon cik tiey xderk lah cantik..cuty mutty tu ade la cikit..huaaa..ramai wanita di luar sana tu suka nak pakai n kelihatan cantik..tapi untuk sape??? nak cantik boleh tapi janganlah berlebihan..nanti yang sudah sedia cantik nampak buruk..emm kesian kan..emm cam gambar kat atas tu..kan sopan n sejuk je mata memandang..apatah lagi suami yang memandang..hihihihi..Ramai gadis sekarang dah xder rasa malu..pakai tudung tetapi bawah ketat2..nampak bukit2 yg cantik2 tu..sayang sangt..sbb kasi tayangan free..tapi lelaki yang nak jadi suami  si gadis tu..kena bayar..padahal dah tunjuk free kat org lain..rugi2..
Mahalnye seorang wanita tu pada maruah dirinya..kerana wanita adalah permata syurga bagi yang solehah.jom sama2 kita cantik kerana ALLAH dan mencantikakn diri buat suami yg tercinta dunia akhirat..AMINN.